Online Diary LE' ASYIQIN: December 2012

Wednesday, 26 December 2012

Bacalah... Walau satu ayat...

Assalamualaikum.
segala puji bagi Allah... Tuhan sekalian alam... Alhamdulillah :). Masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas oleh Allah dan melakukan amal ibadah sebagai bekalan untuk akhirat..

Fenomena kini yang melanda kita ialah sibuk dengan urusan duniawi... Sampai tidak ada masa untuk melakukan perkara akhirat... Astarfirullahalazim...Kalian tak kan tidak ada masa sampai nak lakukan kewajipan kita sebagai hamba Allah? Kalian jangan sampai...

  •   subuh : kesiangan.
  •  zohor : kerepotan.
  •  asar : diperjalanan.
  • maghrib : kecapean.
  • isyak : ketiduran.

Allahu Rabbi... Kalian luangkanlah masa kalian juga buat membaca kitab cinta dari-Nya... Bukan surat cinta dari Si Dia... Allah tidak minta kita untuk habiskan masa dengan-Nya terus... Tapi cukuplah sekadar kita cuba jaga solat 5 waktu yang wajib itu...

Selepas solat usahlah bangun dan berlalu tanpa meminta apa-apa pada-Nya atau mensyukuri nikmat pemberiannya... Berdoalah dan luangkan masa untuk bercinta dengan Allah kerana waktu mustajab berdoa ialah "Selepas solat fardhu" .

Jangan kata:
  •  "Aku sibuk lah"
  • "Banyak kerja nak kena siapkan"
  • "Aku tak ada masa"
Berubahlah... masih belum terlambat untuk kita memohon keampunan dari-Nya... Jadi mari-lah sama-sama kita luangkan masa untuk berdating dengan Allah... Dia tidak minta kita dating denganNya setiap masa, Cukuplah sekadar waktu solat fardhu 5 waktu itu kita dating dengan Dia. Walaupun beberapa minit...

Kemudian... Sambunglah tugas anda yang tergendala kerana bercinta denganNya sebentar tadi... Islam memudahkan...Bukan menyulitkan! ^_^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 17 December 2012

Cinta Kepada Pencipta Manusia Vs Manusia.

Assalamualaikum... Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam... Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah banyak nikmat Allah berikan pada saya dan anda sebagai pembaca. :)

Pernahkah kalian bercinta? Bercinta dengan siapa? Pesoalannya adakah cinta itu membawa ke arah kebaikan atau sebaliknya. Tepuk dada tanya Iman dan Amal.

Saya juga pernah bercinta dan sedang bercinta. Namun cinta saya bukan terhadap manusia tetapi kepada pencipta manusia (Allah) Terus terang saya katakan bercinta antara manusia dan pencinta manusia (Allah) adalah sesuatu perkara yang sangat berbeza. Apakah perbezaannya ye? hurmm...

Mungkin kalian tertanya-tanya tak akan tak ada rasa cinta pada manusia kot? "ye,ada" Namun cinta saya bukan antara "pakwe & makwe" (pasangan kekasih) Tetapi cinta saya antara keluarga dan ibubapa... Cinta yang tiada penghujungnya. Cinta yang akan membawa ke arah murka atau redha Allah .

"Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa , Murka Allah juga terletak pada Murka Ibubapa . "
 
Ada yang bertanya macam mana nak seimbangkan cinta keduanya . Cinta kepada manusia dan pencipta manusia (Allah) Memang kadang-kadang ada Ibubapa yang hanya dalam "kad pengenalan" tertera agamanya "Islam" Namun pada aqidah dan pegangannya. Tidak!
 
Saya ada satu kisah yang In Shaa Allah dapat dijadikan pengajaran buat kita. Saya ada seorang sahabat yang pendiam dan suka menyendiri. Satu hari saya tanya pada dia.
 
"Awak ada masalah ke? kalau ada sudi-sudilah kongsi dengan saya. mungkin saya sudi membantu." kata saya.
 
"awak tak akan faham! tak akan!" katanya sambil menangis.
 
"In Shaa Allah saya akan cuba memahami dengan izin Allah. Jika awak sudi kongsi dengan saya." kata saya bersungguh-sungguh dengan niat ingin membantunya.
 
"Maaf, saya tak dapat nak beritahu awak." katanya lagi.
 
"Tidak mengapa, kalau awak tak nak share dengan saya. Mungkin kalau awak dah bersedia nak share.. sila-silalah ye. In Shaa Allah saya sudi mendengar dan membantu. :) Baiklah, saya nak beransur dulu. Kalau sudah bersedia silalah ye bertemu saya dan kita berkongsi cerita." kata saya panjang lebar lalu pergi meninggalkannya sendiri.
 
Seminggu kemudian...
 
" Assalamualaikum awak... Maaf mengganggu." Suara yang menyapa halwa telinga saya saat sedang duduk termenung bagi merehatkan minda.
 
"Waalaikumussalam, Ehh. Tidak mengganggu pun." Rupa-rupanya sahabat yang saya tegur seminggu yang lalu. Saya menjawab sambil memberi ruang untuk dia duduk disebelah saya.
 
"Awak sebenarnya selama beberapa hari ini saya memikirkan tentang kata-kata awak tempoh hari. Ye, sebenarnya saya amat memerlukan seorang sahabat untuk berkongsi cerita. Dan saya yakin awak orang yang terbaik untuk mendengarnya." Katanya bersungguh-sungguh.
 
"Ouh, silakan saya sudi mendengar dan jika ada yang boleh saya bantu saya akan bantu. In Shaa Allah." Kata saya dengan semangatnya. :D
 
"Begini saya ada sedikit masalah. Keluarga saya sangat suka bersosial. Dan suka berfoya-foya. Saya berasal dari keluarga yang mewah. Suatu hari saya disapa dengan hidayah Allah. Saat itu saya dah berjanji pada diri saya yang saya ingin berubah!. Namun perubahan saya dipandang hina dan jijik dimata keluarga saya. Saya kadang-kadang rasa tergugat untuk berubah ke arah yg lebih baik." Katanya sambil menangis.
 
"Allah... sangat besar cubaan Allah kurniakan pada awak. :) awak pernah dengar tidak "Sesungguhnya tidak akan sempurna iman seseorang sehingg dia diuji oleh Allah". Jadi saya hanya mampu membantu dengan cuba awak suntik hidayah kepada keluarga awak dengan cara yang lembut. Seperti awak cuba hidupkan suasana Islam itu dirumah. Contohnya awak cuba untuk memanggil mereka solat, selalu mengaji. In Shaa Allah mereka akan tersentuh." Kata saya.
 
"Terima kasih sebab sudi membantu. Saya amat menghargai pertolongan awak. In Shaa Allah saya akan cuba buat apa awak sarankan." Katanya sambil tersenyum, mungkin dia dah share dengan saya hati dia jadi lapang.
 
"Sama-sama, saya hanya bantu apa yang termampu. :) Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Baiklah saya nak pulang ni. kalau ada masa kita jumpa lagi ye. selamat tinggal!"
 
Itulah perkongsian saya. Lihat tentangan kita dalam nak berubah ke arah kebaikan selalunya hadir dari keluarga dan sahabat handai bukan? :) Jadi nasihat saya seeloknya kalau nak berubah ke arah yang lebih baik pikat dulu hati Ibubapa kita. Kalau mereka tidak suka cuba kita tunjukkan yang perubahan kita itu adalah sesuatu yang bagus! :) Wallahu a'lam.
 
 
 
 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen