Online Diary LE' ASYIQIN

Sunday 24 November 2013

Perginya permata agama

Ahmad Ammar pemergianmu ditangisi para penduduk bumi, namun diraikan penuh bahagia oleh penduduk langit. Kau permata agama. Kau pergi meninggalkan bumi buat selama-lamanya pada awal muharram. Sungguh aku tidak mengenal siapa dirimu. Namun apabila melihat video tentang kehidupanmu sudah cukup membuatkan aku mengenali dirimu Ahmad Ammar.

Tanggal 2 November 2013,
telah pergi permata agama yang cukup berharga,
Ahmad Ammar nama diberi..

Ahmad Ammar yang diberikan ibubapamu, untuk melihat bahawa apabila engkau membesar menjadi seorang yang baik dan kuat pegangan agama dan imannya terhadap agama Islam. Takdir Allah, impian dan hasrat ibubapamu tertunai. Engkau membesar dengan didikan agama yang cukup sehingga menjadi satu permata agama yang cukup berharga.

Engkau pergi di usia muda. Selama usia mudamu juga telah engkau menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di Negara Syria. Ketika bermalam di wad hospital Syria, engkau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus engkau mengucap dan brsedia utk syahid (kerana salah satu tujuan engkau ke Syria juga adalah untuk syahid). kemudian tidak ada apa2 berlaku lalu engkau terus tidur. Dalam tidurmu engkau bermimpi bertemu bidadari. MasyaAllah!

teringat kembali cerita sahabatmu (Muhammad Bin Ahmad Zahid) Sebelum engkau pergi ke Syria, enkau pernah berkata kepada dia. "ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kawin dah ni, tak tau sebab apa". Takdir Allah semasa disana engkau bermimpi berjumpa bidadari.

Ketika hari terakhir engkau di Syria, engkau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria. (kebetulan driver tu boleh cakap inggeris sikit-sikit) "Kenapa pemuda-pemuda kat sini berani betul dan nak syahid." kata engkau. Driver tu menjawab "Pemuda kat sini dah tak pandang dah harta benda dan wanita-wanita. Diaorang semua hanya tunggu syurga dan bidadari syurga, sebab tu diaorang nak syahid." Lalu engkau pun ceritakan apa yang engkau mimpi. Driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh saudara Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yg Tertangguh'. Bila engkau cerita pada sahabat-sahabatmu tentang mimpimu. Mereka semua gelak dan kata, "Anta ni kuat sangat brgurau". Namun hari-hari berikutnya beliau memang berubah, setiap kali engkau pandang perempuan, tiada apa-apa yg dirasai. SubhanAllah!

Ammar.. Engkau terkenal dengan sikap budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi dan sikap hormat kepada yang lebih tua. Engkau turut dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. Seperti harapan ibubapamu memberikan nama Ahmad Ammar kepadamu..

Mengembara ke seluruh pelusuk dunia merupakan cita-cita tertinggi engkau. Dengan harapan dan tekad yang satu menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti demi kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Terdapat dua watak pada dirimu, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali engkaulah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.  

Kehidupan Ammar sebagai pelajar di Turki
Pelajar-pelajar Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Mereka di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, mereka pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan mereka tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif-vakif daripada Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar-pelajar lain terlebih dahulu.

Di Madrasah mereka, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asramaasrama kerajaan. Waktu siang mereka sibuk di Universiti masing-masing dan aktiviti-aktiviti lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin-rutin lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin-rutin yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah mereka hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.  


Semua ciri-ciri pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.  
Ahmad Ammar, sepanjang pengajiannya di Turki, sangat bersemangat untuk menjadi seorang sejarawan Islam, dengan pengkhususan dalam bidang sejarah Turki Uthmaniyyah. Oleh sebab itu, beliau sanggup meninggalkan tanah air menuntut di perantauan. Beliau menuntut ilmu di sebuah negara yang penuh dengan warna-warni sejarah Islam sebuah negara Islam yang sedang dan akan terus maju di antara benua Asia dan Eropah.
Perjalanan hidupnya indah, sesungguhnya. Al-Marhum, pada usia 13 tahun, menuntut ilmu di sekolah agama; Pada usia 16 tahun pula, beliau menuntut di sekolah tentera. Setelah itu, beliau memilih untuk meninggalkan Malaysia untuk menyingkap sejarah Turki Uthmaniyyah di Turki sana. Beliau, sepanjang hidupnya, menyediakan dirinya untuk masa hadapan yang semakin mencabar.
Namun, tiada siapa pun dapat menolak apabila takdir Allah SWT mendahului dan mengatasi segala-galanya. 

Diceritakan oleh bondanya, bahawa beliau pernah menulis visi dan misinya yang signifikan.


“(Aku) akan menziarahi serta mengkaji ketamadunan & kekayaan sejarah bangsa dan negara Turki serta kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka... (Aku) ingin menjadi sejarawan perantau.

“Meskipun tumpuan 100 peratus kepada penguasaan akademik, tumpuan kepada ilmu rohani dan agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

“Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab Risalah an-Nur, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yang akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.

“Ya. Sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa untuk berlengah-lengah dan berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerakerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”

(Ahmad Ammar Ahmad Azam)



Beliau merancang untuk meneladani Badiuzzaman Said Nursi. Maka, beliau menelaah kitab Risalah an-Nur. Dikhabarkan, al-Marhum, sewaktu kehidupannya, telah khatam kitab Risalah an-Nur. Di media sosial, terutamanya di Facebook, Ahmad Ammar dikhabarkan pernah menulis sesuatu.
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah, sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini.”
(Ahmad Ammar Ahmad Azam)
 
 
Dalam pada al-Marhum Ahmad Ammar tidak sempat menunaikan hasrat-hasratnya dan meneruskan rancangan-rancangannya yang lain, kehidupannya telah memberi manfaat kepada dunia secara amnya, dan kepada beberapa buah negara khasnya. Sepanjang kehidupannya, beliau pernah terlibat dalam menjayakan usaha murni Global Peace Malaysia (GPM).
Beliau pernah menyertai sebuah program kemanusiaan di Kemboja. Beliau juga pernah terlibat dalam memberikan bantuan pendidikan kepada anak-anak bangsa Rohingnya dari Myanmar. Beliau juga pernah menjayakan misi bantuan kepada warga Syria. Di Turki, beliau juga banyak menyumbang kepada gerakerja Yayasan Hayrat.
Betapa bermanfaat seorang Ahmad Ammar sepanjang kehidupannya. Penat lelah tidak terkandung dalam kamus kehidupannya. Begitulah yang diajarkannya kepada ayahnya sendiri. Ahmad Ammar pernah berkata kepada ayahnya bahawa syurga merupakan tempat rehat yang sebenar setelah hidup di dunia.
"Dunia ini untuk berjuang dan untuk penat. Kita rehatlah bila mati nanti di syurgaNya."
(Ahmad Ammar Ahmad Azam)


Ahmad Ammar Ahmad Azam




ما في المقام لذي عقـل وذي أدب # من راحة فـدع الأوطان واغتـرب
 
Tidak ada tempat untuk pemilik akal dan budi...
...untuk berehat. Maka, tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

سافر تجد عوضا عمن تفارقـه # وانصب فإن لذيذ العيش في النصب

Mengembaralah. Kau tetap akan mendapat pengganti setiap insan yang kau tinggalkan...
...dan berusahalah kerana, sesungguhnya, kelazatan hidup ada di kala kepenatan.

(Imam Syafie)

“Aku sangat terkesan setelah membaca syair ini. Lalu, aku mula berfikir; aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah, berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencipta ini.”
(Ahmad Ammar Ahmad Azam)

Dua rangkap syair Imam Syafie menjadi pendorong kepada al-Marhum Ahmad Ammar Ahmad Azam (1993-2013) untuk menuntut ilmu di Turki dan menyingkap sejarahnya, termasuklah sejarah pembangunan Islam di sana. Semangatnya yang membara untuk menuntut ilmu sekuat semangatnya mencintai Allah dan RasulNya. 

Al-Marhum, kerana Allah dan RasulNya, sanggup meninggalkan tanah air untuk berjuang di perantauan dengan menuntut ilmu.

Begitulah jua dengan ahli keluarganya. Mereka merelakan perjalanan dan pemergian al-Marhum kerana Allah SWT meski mereka menanggung kesedihan yang amat mendalam juga atas sebab yang sama.

“Apabila aku niatkan anakku ini untuk Allah dan RasulNya, perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya; apa lagi untuk memahaminya.”
(Tuan Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman)

“Kami menghantar anakanda kami ke bumi al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa-rupanya Allah mempersiapkannya untukNya.”
(Puan Nur Azlina Aziz)
 
Al Fatihah kepada Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam.( Pelajar Tahun kedua mengkhusus dalam bidang Sejarah di Marmara Universiti, Turki.

 
Sampai disini kisah saya tentang permata agama yang sudah pergi menghadap ilahi ini :) Moga al-Marhum terus menjadi inspirasi buat kita sebagai hamba-Nya yang hidup hanya untuk mencari keredhaan Allah! Terdetik dalam diri saya ini, apakah  sumbanganku untuk Islam selama 15 tahun kehidupanku? :'( Ya Allah moga kami semua dimatikan dalam husnul khotimah. Aamiin!
 
* Beberapa ayat di atas saya copy and paste. Harap dihalalkan ye. Untuk perkongsian buat ummah :) Dan ada khilaff dalam tinta saya. Saya minta maaf sesangat. Ummah terbina dengan didikan yang sempurna ya'ni dengan didikan yang Allah telah syariatkan. *

Al-Marhum Ahmad Ammar bersama ibubapanya :)






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 19 November 2013

Teguran dan pendapat satu perkataan yang berbeza ?

Assalamualaikum wbt, Dengan Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Syukur kepada Allah akhirnya ada masa nak hudpate blog ni :) Actually busy dan baru nak kebah dari demam panas.

"Kubur masing-masing, kau jaga kubur kau. Aku jaga kubur aku. okay? Aku bukannya kacau kubur kau pun."

eh-eh apa kaitannya dengan tajuk entri harini syiqin? Macam pelik je, macam tak ada kaitan je. Adalah! Sangat-sangat komersial ayat ni dimana-mana tau :D tak percaya? Cuba awak tegur seseorang itu, pasti ada sesetengah mereka berkata ayat di atas. Right?

Ce awak jawab balik cenggini. Kalau kubur kau sebelah kubur aku macam mana? Nanti aku nak rehat pon susah. Asyik dengar kau menjerit akibat kena hokum dengan malaikat mungkar dan nakir dalam kubur. Itu tidak mengganggu ketenteraman kubur sebelah menyebelah? Eh-eh janganlah cakap macam tu ye! Sabar. Sabar itu separuh daripada Iman kan?

Jadi untuk membuatkan saya dan awak sama-sama tenang disana (In Shaa Allah) Marilah kita sama-sama jadi "busybody" demi kebaikan. Manusia yang tanpa teguran dalam hari-harinya ibarat seekor arnab yang riak dan berpendapat dia seekor sahaja yang boleh berlari laju. Kelak dia akan merendah-rendahkan haiwan lain. (Perumpamaan sahaja ye :)

Pada pendapat saya, setiap manusia akan pasti melakukan kesalahan dalam kehidupan sehariannya. Walaupun ia sekecil zarah. Teguran itu akan membuatkan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tanpanya kita tidak dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Kita sebagai hamba Allah amat memerlukan orang lain. Begitu juga sebaliknya. kita perlukan :

ayah dan ibu - tanpa mereka kita tiada
rakan-rakan - tanpanya kita keseorangan
guru-guru - tanpanya kita tidak tahu tentang ilmu
Ketua - tanpanya kita tidak ada pemimpin
Teguran - tanpanya kita PUNAH
 
Tanpa rakan-rakan, ibubapa, guru-guru dan ketua tiada siapa dapat menilai kita. menegur kita dan memperbaiki kesalahan kita seperti kata-kata wonderpets. "Kami tidak besar dan kami tidak kuat. Bila bekerjasama semua jadi mudah!." MasyaAllah. see? We need each other to continue our life.
 
Tell me why? why? why? Tanpa teguran kita PUNAH? kerana.. :
 
"Bila ditegur baru kita muhasabah. Bila ditegur baru kita tahu mana betul, Bila ditegur, baru tahu bagaimana mahu memperbaiki kesalahan."
 
Mari sama-sama kita hayati satu kisah ini ye :) Moga kita dapat menjadi inspirasi buat kita semua.
 
Disebuah bangku using kelihatan seorang lelaki yang sungguh muda dan kacak. Namun pakaiannya cukup compang camping. Seorang pemuda bernama Abu terlihat pemuda itu. Dia menyapa berasa simpati lalu memberikan sebotol air mineral dan sebungkus nasi lemak yang dibelinya sebentar tadi. Walaupun perutnya sudah bernanyi nyanyi dandut. Namun Dia yakin ini pasti rezeki pemuda itu.
 
Abu menghulurkan makanan dan minuman itu kepada pemuda itu. Pemuda itu kelihatan sangat cengkung wajahnya dan sangat kurus sekali badannya. Dia kelihatan tidak terurus. Namun tidak dapat membendung kekacakkannya yang Allah anugerahkan buatnya. Dia mendongak dan memandang Abu. Dia tersenyum ikhlas dan menolak makanan dan minuman yang disua Abu kepadanya dengan lembut.
 
Abu tidak berputus asa, Dia sekali lagi menghulukan makanan dan minuman itu kepada pemuda itu. Pemuda itu menolaknya sekali lagi. Abu masih lagi tidak give up! Akhirnya setelah beberapa kali Abu memujuk. Pemuda itu akur dan menyambut huluran makanan dan minuman yang dihulur oleh Abu. Dia mengucapkan terima kasih. Abu dijemput duduk disebelahnya. Abu lihat disekeliling tempat pemuda itu duduk. Allah.. Sungguh memilukan. Dengan persekitaran yang tercemar. Pemuda itu masih gagah meneruskan hidupnya.
 
Abu memulakan bicara dengan memperkenalkan dirinya. Kemudian disambut gembira oleh pemuda itu. Abu berbual-bual kosong dengan pemuda itu sementara dia mencari dan mereka ayat yang sesuai bagi mencungkil kenapa pemuda itu jadi sebegitu. Abu ialah seorang sukarelawan yang mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
 
Setelah hamper sejam mereka berbual, Abu memulakan bicara yang lebih menjurus kepada pemuda yang berada disebelahnya. Abu bertanya..
 
"Awak sudah lama ke hidup sebegini? Maaf saya hanya bertanya sahaja. Kalau tidak keberatan ingin bercerita saya sedia menjadi pendengar. In Shaa Allah." Kata Abu lembut dan penuh berhati-hati agar tidak tersalah bicara.
 
"Saya hidup sebegini baru sahaja 2 tahun lepas. Akibat salah alpa dan terus terusan dengan sikap riak saya. Allah berikan saya ujian sebegini." Bicara pemuda itu sebak.
 
"Oh, sebelum ini awak bagaimana?" Alhamdulillah pemuda ini open mind, kalau tidak habis aku.. Bicara abu didalam hatinya.
 
"Sebelum ini, hidup saya penuh dengan sikap riak dan saya selalu menganggap hanya saya seorang di dunia ini yang hebat. 2 tahun lalu, saya seorang yang cukup hebat dalam berbicara. Namun saya tidak pernah terfikir bicara saya itulah yang terkadang membuat beberapa orang sakit hati. Saya bekerja disalah sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur dan menjadi ceo di syarikat itu. Sikap saya dahulu seorang yang terlalu suka bermegah diri dan tidak pernah menerima teguran atau pendapat orang lain. Pada satu hari, syarikat saya telah kehilangan hampir 5 juta ringgit. Saya dituduh memonopolikan duit syarikat. Akhirnya saya di penjarakan selama 3 tahun. Semasa dalam tahanan saya banyak muhasabah diri dan saya baru teringat. Saya ada seorang rakan yang cukup Qarib dengan saya sampai saya menaruh 100% kepercayaan kepada dia. Cukup ramai yang berkata pada saya bahawa rakan saya itu suka mencuri wang syarikat. Dah banyak syarikat ditipunya dan diambil wangnya. Namun masa itu saya buta kerana saya menganggap orang yang kata begitu sebab cemburu saya bagi pelbagai kemudahan kepada kawan saya itu. Dalam diam dia rupa-rupanya telah memonopoli wang syarikat dan melarikannya ke luar Negara. Sampai sekarang pihak polis masih cuba menjejakinya. Namun pihak polis tetap menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun kepada saya selagi rakan saya itu tidak ditemui. Dan segala harta saya dirampas. Selepas 3 tahun berlalu, saya kembali ke syarikat lama saya. Namun hampa, syarikat itu telah dilelong dan menjadi sebuah butik. Dan kebetulan segala harta saya disita. Saya terus mencari tempat berteduh. Tiada lagi rakan yang mahu membantu saya. Akhirnya saya terjumpa tempat ini. Alhamdulillah cukup buat saya. Dan sekarang saya sedar erti sebuah teguran daripada seseorang. Ya! Memang tidak semua teguran kita kena percaya bulat-bulat seperti teguran rakan-rakan saya yang menghalang saya daripada bersahabat dengan rakan Qarib saya. Saya pula sambil lewa dan tidak ambil peduli. Jadi memang padanlah saya mendapat balasan sebegini." Bicaranya dengan deraian air mata penyesalan.
 
"Awak kena bangkit semula dan cubalah untuk bermula dari bawah. Saya yakin awak pasti dapat kejayaan. Asalkan awak tidak mengulangi kesilapan dahulu lagi. Eh hari sudah lanjut saya balik dahulu ye. In Shaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Assalamualaikum.." Bicara Abu dan dia pun berlalu pergi.
 
Jadi kalian sudah faham nilainya satu teguran yang membina diri menjadi lebih baik? :) Cuba kita fiikir sejenak, kalau tidak ada orang mahu menegur silap kita. Agak-agak kita akan tahu salah kita? Dan berusaha gigih untuk memperbaiki silap kita? Seorang arkitek kalau tidak mendapat teguran daripada orang yang lagi hebat daripadanya dapatkah dia melakar satu bangunan tinggi dengan tepat ukurannya sebelum dibina dengan cukup hebat tanpa teguran membimbing daripada orang atasan/ lebih berpengetahuan?
 
Dengan teguran aku dibimbing, dengan teguran jugalah aku terbimbing - moto saya.
 
Begitu juga kalau tidak ada orang ingin menegur sampai bila-bila kita tidak tahu salah kita dan bagaimana memperbaikinya.
 
"Barangsiapa yang tidak peduli akan nasib sahabat semuslimnya. Maka dia bukan daripada kalangan mereka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Kerana cintaku padamu, aku peduli tentang dirimu. (cewahhh :D)
 
Sabda Rasulullah SAW :
" Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara baik-baik atau diam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Selamat berkata dan memberi teguran yang baik-baik serta menerima teguran! Moga kita berjumpa pada entri akan datang! In Shaa Allah :)
*cerita diatas hanya rekaan. Ada sahabat minta saya buat satu novel. Ada ciri-ciri ke? In Shaa Allah ada rezeki saya mahu berdakwah dalam bidang penulisan novel pula.. psstt, cerita dekat atas tu agak-agak ada sambungan ke?* :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 12 November 2013

Aku dan tudung labuh

Assalamualaikum wbt, Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Apa khabar semua?! Moga semua dalam rahmat Allah SWT sentiasa dan amal kebajikan kita semakin bertambah dengan meningkatnya umur kita :) Dunia semakin tua jadi tingkatkan amalan kebajikan kita bersama ye! In Shaa Allah..

"Aku dan tudung labuh."
 
Menariknya tajukk! In Shaa Allah tajuk yang menarik dengan entri yang padat dengan ilmu dan pengalaman yang mampu mendidik jiwa kita menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan takjub betapa Indahnya Dunia apabila sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. :)
 
Penghijarahan saya baru sahaja bermula pada awal tahun 2011 ketika itu saya berumur 13 tahun (Form 1) Buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke satu sekolah yang cukup asing bagi saya. Satu langkah baru bagi saya. Satu langkah ke arah menjadi dewasa.. (Bayi-kanak2-remaja-dewasa) Time tu dalam kepala "Yeayyy! Aku dah besar!" (Maklumlah masih lagi perangai budak-budak tu ada sampai sekarang pun ada..hehe)
 
Ibu dengan ayah selalu cerita dekat saya yang waktu kecil-kecil umur 4 tahun. Saya suka melaram, tetapi saya suka melaram dengan tudung labuh, kasut tumit tinggi dan baju kurung. Sampai ibu kata kalau waktu saya tidur pun saya nak pakai baju kurung dengan tudung labuh saya yang dah mencecah lantai (pendek waktu tu) Ibu kata tu sebab ibu tak perlu susah-susah beli tudung ibu sebab tudung saya dah cukup nak penuhkan satu almari dua pintu dia. :D
 
Tetapi takdir Allah, saya hanya memakai tudung labuh sehingga berumur lingkungan 8 tahun. Start daripada itu saya mula memakai tudung pendek (ikut peredaran zaman., katakoo!) Baju kurung disenteng-sentengkan (lipat lengan baju) sampai dah rupa pegi sawaaahhh! Nak tanam padi.. :D Bila ingat balik diri ini masa itu, Ya Allah betapa aku alpa dengan keindahan dunia yang sementara ini *nangis*
 
Pernah waktu darjah enam (seniorkan..) Saya jadi macam gangster muslimah :D Seorang ustazah itu tegur saya sebab sentengkan lengan baju. Saya buat donno je.. Ya Allah, berdosanya aku pada-Mu dan ustazah itu (Terima kasih ustazah sudi tegur saya) Harap sangat dapat jumpa ustazah tu satu hari nanti nak minta maaf :'(
 
Apabila keputusan PSRA & UPSR diumumkan. Perasaan gerun, takut, cuak semuanya bercampur antara satu sama lain. Semua yang pernah ambil exam besar mesti pernah rasa betapa nervous nya nak amik result. Jujur! saya waktu darjah 6 banyak sangat main-main sampai ibu dengan ayah dan berbuih mulut menasihati dan mentazkirah saya. Saya ambil sambil lewa dengan tanggapan.
 
"Alah, senang je PSRA & UPSR tu."
 
Astarghfirullahazim! Betapa saya riak dan mengambil perkara itu mudah. Dengan Izin Allah, apabila keputusan PSRA & UPSR diumumkan. Saya hanya mendapat keputusan yang suam-suam sahaja. Petang lepas keluar result itu, ramai rakan mesej dan call bertanya keputusan saya. Saya cemburu mendengar result mereka. Semua dapat straight A dan mumtaz. Saya dapat lihat betapa ayah dan ibu kecewa dengan saya.
 
Ibu cerita, "Kakak, tahu tak ayah fikir kakak dapat 4A 1B UPSR sebab tunggu punya tunggu nama akak tidak disebut. Ayah dah menangis waktu tau kakak. Tapi rupanya nama kakak terlepas pandang. Result kakak lain daripada apa yang ayah harapkan." Ya Allah, air mata mula bertakung dikelopak mata dan mula jatuh berguguran setitis demi setitis kerana menyesal. Tetapi ayah tidak cerita pun pada saya dia menangis masa ambil result saya :'(
 
Air mata penyesalan waktu itu sudah tidak berguna lagi. Masa tidak boleh diundur, UPSR & PSRA sudah tidak boleh berulang kembali. Saya tekad untuk bangkit semula untuk PMR 2013. Ye! kini 2013, saya sudah pun menempuh alam itu. Moga keputusan saya baik. Aamiin!
 
Berbalik pada cerita bagaimana saya boleh tertarik dengan tudung labuh kembali selepas saya keluar daripada waktu silam yang amat keruh saya itu. Sebenarnya hati saya telah bermonolog.
 
"Segala yang baik, tidak akan bergolek dengan sendiri pada kita. Tanpa usaha yang gigih dan tanpa keizinanan Allah SWT."
(Saya ambil ikhtibar daripada sikap saya yang terlalu over confident dapat result baik akhirnya kecundang.)
 
Betapa sanggupnya ayah, tidak mahu menghantar saya ke sekolah menengah biasa. Demi, untuk melihat akhlak dan aqidah anaknya terjaga. Ayah sanggup bayar beribu ringgit untuk menghantar saya ke sekolah swasta yang agamanya terjaga rapi. Dalam masa yang sama, ayah berusaha untuk saya masuk ke sekolah kerajaan yang pada pendapat orang disekitar tempat tinggal saya memandang sekolah itu sekolah agama yang cukup bagus.
 
 
Takdir Allah SWT, saya diterima masuk kesekolah itu pada pertengahan January 2011. Saya terpaksa akur dengan undang-undang sekolah saat itu dengan memakai tudung labuh. Waktu itu lah penghijrahan saya baru bermula. MasyaAllah, saat menjejakkan kaki ke sekolah itu. Terasa damai hati kerana saya melihat semua pelajar perempuannya memakai hijab yang labuh mengikut syariat islam. Allah juga telah nyatakan dalam al-Quran surah an-Nur ayat 31:
 
Firman Allah SWT:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji mereka, atau kanak-kanak yang belum lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka untuk diketahui oramg akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya."
Surah an-Nur ayat 31
 
SubhanAllah. MasyaAllah. Betapa Allah sayangnya kita Oh Muslimah! Masih tegakah kita untuk membuka aurat? Wahai Muslimah yang saya sayang kerana Allah. Apabila engkau memakai hijab yang labuh ikut syariat, memakai pakaian yang menutupi aurat dan memakai stokin. Dikau kelihatan cantik ibarat sesuatu barang yang disimpan didalam almari kaca. Hanya yang mampu menjaga akan memilikinya.. :)
 
Sekolah itu lah yang banyak merubah hidup saya daripada pahit jadi manis, daripada gelap jadi cerah dan daripada alpa kepada sedar. Terima Kasih Ya Allah! kerana :
 
Hadirkan rakan yang hebat memimpin diriku,
Guru-guru yang prihatin mendidik diriku,
dan...
Keluarga yang sayang mengasuh diriku,
Semuanya..
Demi memperkenalkan kepadaku hakikat sebenar kehidupan,
iaitu..
"Mencari Keredhaan-Mu."
 
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya..."
(Hadis Riwayat al-Hakim)
 
"Tidak ada pemberian ibubapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia."
(Hadis Riwayat Bukhari)
 
Mari saya bicara jujur daripada hati yang paling dalam.. Memakai tudung labuh tidak pernah selama saya pakai saya merasa panas. Memakai stokin di kaki apabila keluar rumah, tidak pernah saya rasa kaki saya ni berpeluh. Dan tidak pernah saya memakai baju besar-besar diri saya Nampak gemuk.. Sebab apabila hati ikhlas melakukan kerana Allah. Kita akan menganggap ia satu yang best! Apatah lagi apabila kita memakainya dapat pahala :)
 
Perumpamaan, macam kita dok cintan cintun dengan pakwe/ makwe kita. Bila orang cerita buruk tentang dia pun kita akan Nampak cantik.. Demi cinta ku sanggup renangi segala rintangan. Ku sanggup merentas lautan api.. Api neraka sanggup tak? Tak sanggup buat-buat taubat ye :)
 
Samalah macam ada beberapa hamba Allah kata kita BURUK, OLD STYLE bila pakai pakaian ikut syariat Islam. Kita tetap pendirian sebab bagi kita ia cantik sangatt! Jujur saya kata awak-awak kalau tutup aurat memang comel.. Bukan MACAM lagi. Tapi memang..... COMEL :) Yang tertutup itu indah <3
 
"Barangsiapa yang tidak peduli akan nasib sahabat semuslimnya, maka dia bukan dari golongan mereka."
(Hadis Bukhari dan Muslim)
 
Because I love you I care! :)
 
"4 perkara yang merosakkan puasa dan amal kebaikan ialah mengumpat, berdusta, mengadu domba dan melihat kecantikan wanita yang haram baginya."
(Hadis Riwayat Anas)
 
"Sesungguhnya wanita itu aurat."
(Hadis Riwayat al-Bazar dan at-Tirmizi)
 
Salam sayang daripada saya. Selamat menutup aurat dengan sempurna dan mencari dan menggali paip pahala! <3 Moga kita dapat berjumpa pada entri yang akan datang. In Shaa Allah lebih padat dan bermanfaat! Wallahu a'lam..
 

Contoh pemakaian tudung labuh yang MasyaAllah sangat selesa..
(Gambar atas Ukhti Aisyah Shakirah, gambar bawah saya)
 
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 11 November 2013

Simple is me..

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar para pembaca yang saya sayang kerana Allah. :) Moga semua sihat-sihat belaka..
Lamanya tak hupdate blog yang dah berhabuk ni.. In Shaa Allah harini saya nak bagitau tips untuk pakai pakaian ketika keluar memana dengan gaya yang simple tapi In Shaa Allah menutup aurat! ;)

2 weeks ago,
I goes to petrosains joined tuition trips.. I just liked to be simple and most important it can covering my aurah..  I just wearing a long skirt and t-shirt muslimah that I bought from holiday at Langkawi with family.. With shawl as hijab from closehijab (ig instagram)

Saya pakai shawl gaya Dena Bahrin. She is who that I really adore and hope can be like she. Young wife and mom.. She was married at 19 years old.. Very-very superverb! :) ( I think I want married in 19 years old.. Hehe.. Aamiin)

http://www.youtube.com/watch?v=6RuczVmyOnM ( all of you boleh tengok dekat link ni)

Kalau kalian nak keluar mana-mana boleh cuba match kan dengan long skirt dan long t-shirt muslimah macam bawah ni :


Long skirt and long t-shirt muslimah with big shawl
 
 
or
 

black jubbah and Indonesia hijab / long slack, big hijab and long t-shirt muslimah
 
 
Simple right? Most important tutup aurat kita :) In Shaa Allah kita jumpa lagi pada entri akan dating! Salam sayang semua <3
 

 
Astarghfirullahalazim..

 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 26 October 2013

Hijab I'm In Love!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang. Dengan keizinan-Nya tinta ini dapat kembali saya lakarkan. Setelah sekian lama berperah otak untuk Penilaian Menengah Rendah 2013 (PMR) Alhamdulillah!
 
Seperti yang saya janjikan buat kalian para pembaca untuk membawa tajuk
"HIJAB I'M IN LOVE!"
 
Bismillahirrahmanirrahim :) Disini saya ceritakan apa maksud sebenarnya maksud hijab. Dan insya-Allah akan saya turut sertakan cerita tentang hijab yang saya sendiri rasa dan boleh menjadi sedikit pedoman dan memberikan pengajaran buat kalian :)
 
Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.
Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.
Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.
 
Seperti dalam firman Allah S.W.T :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji mereka, atau kanak-kanak yang belum lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka untuk diketahui oramg akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya."
Surah an-Nur ayat 31
 
Pada 2 minggu lepas, masih segar diingatan saya pertemuan saya dengan seorang kakak yang cukup hebat dan mempunyai wajah yang cukup redup. Apabila dipandang hati rasa sangat tenang.  Namun sayang, dia tidak menutup aurat (free hair) dan dia telah menyatakan hasrat hatinya ingin menutup aurat sepenuhnya seperti wanita Islam yang lain. Dia meminta saya membantunya, membimbing dan mengajarnya erti Islam yang sebenar.
 
Pada minggu lepas, kami telah berjumpa. Ia merupakan permintaan akak itu untuk berjumpa dengan saya setelah seminggu dia memendam rasa untuk diluahkan kepada saya. Kami berjumpa di Alam sentral, Shah Alam. Dari jauh, saya lihat wajah dia yang penuh dengan keinginan untuk menutup aurat kerana Allah. Yang buat saya terkejut dia memakai shawl yang hanya disarung dan menampakkan sedikit rambutnya dan lehernya. Tapi saya yakin ia adalah permulaan awal untuk dia membiasakan diri sebelum memakai hijab sepenuhnya.
 
Kami memilih meja yang jauh tersembunyi untuk berbicara tanpa ada gangguan. Ya, memang bising disitu tetapi apabila kami duduk disitu, ia-nya tidaklah terlalu mengganggu kami untuk berbicara dari hati ke hati. Saya sapa dengan kalimah suci.
 
"Assalamualaikum, mawar agama yang ekin sayang."
 
"wa'alaikumussalam, Ya Allah adik rupanya. Terima kasih sudi datang jumpa akak dekat sini."
(saat itu dia sedang melihat handphone-nya sambil memutarkan zikir terapi Hafiz Hamidun. Dia menjawabnya lalu mempersilakan saya kerusi untuk duduk berhadapannya)
 
"eh akak, takda apa-apalah. Lagipun ekin free harini. sama-sama!"
(saya duduk dan bersalaman dengannya. Saya perasan ada banyak mata memandang ke arah kami. kebetulan saat itu saya memakai shawl yang sangat labuh)
 
"Ekin, sebenarnya akak nak minta tolong dekat ekin boleh?"
 
"tolong apa kak? insya-Allah dengan senang hati ekin ingin membantu!"
(kata saya penuh semangat yang berkobar-kobar dan penuh tanda tanya)
 
"Macam ni, beberapa harini akak selalu jenguk facebook ekin dan beberapa page yang ekin kendalikan serta facebook rakan akak yang memakai tudung. Akak amat yakin akak mahu ekin bantu akak. Akak dah buat solat sunat dua rakaat setiap kali lepas solat fardhu kecuali lepas asar dengan subuh sebab waktu haram solat sunat.. hehe.. Akak mohon petunjuk dari Allah dalam setiap sujud terakhir akak. Alhamdulillah beberapa harini akak dapat banyak mimpi yang akak berjumpa dengan seseorang yang menutup aurat. Tapi sayangnya akak tak Nampak wajah dia kerana terlalu bersinar wajahnya. Dan dia  meminta akak mencari orang yang boleh bantu akak. Dan akak amat yakin ekin sahaja yang dapat membantu akak."
(katanya penuh mengharap)
 
"Haza Min Fadhli Rabbi. Alhamdulillah gembira mendengarnya kak :) Namun ekin berterus terang ye, ekin sebenarnya tidaklah sehebat mana. Malahan, ekin sedang cuba untuk sentiasa menjadi hamba Allah yang terbaik. Akak, ekin akan bantu semaksima mungkin. insya-Allah."
(kata saya sambil tersenyum senang mendengar penghijrahannya)
 
"Alhamdulillah, err.... adik boleh tidak tolong akak beli pakaian muslimah dan tudung labuh dekat-dekat area sini? insya-Allah akak nak pakai. So soon.. Harap sangat adik boleh tolong akak dan ajarkan akak pakai shawl gaya labuh adik dan bawal yang adik selalu pakai. Boleh?"
 
"Oh, macam tu. Boleh je! ekin dengan senang hati nak bantu akak. Jadi apa kata kita shopping sekarang nak? Ekin akan tolong akak pilihkan pakaian yang sesuai dengan akak yang sangat cantik ini."
(kata saya memuji, sekaligus menggalakkannya bagi menutup aurat!)
 
"serius? Ekin nak tolong akak shopping? takpe ke orang lain tengok ekin pergi butik muslimah dengan orang macam akak?"
(katanya serba salah)
 
"eh, takpe. ekin serius ni :) ekin nak shopping dengan akak. Akak pandangan manusia memang banyaknya salah. Tapi kita perlu menitik beratkan pandangan Allah S.W.T yang hakiki."
(kata saya meyakinkannya)
 
"kalau macam tu jOm! kita shopping sekarang! akak dah excited ni."
 
"jOm!" kata saya..
 
kami memulakan pergi ke booth yang diluar sebelum ke butik bagi mencuci mata dahulu. Setelah lama melihat kami hanya dapat membeli beberapa pakaian dan tudung bawal bidang 60' di sebuah butik yang menawarkan harga berpatutan. Saya terpaksa meminta diri kerana hari sudah hampir waktu solat zohor. kebetulan, saya ada janji dengan ibu nak pergi membeli baju adik. Tanpa akak tu sedar, saya masukkan sebuah baju dan tudung bawal bidang 60' yang saya beli buatnya secara senyap didalam beg plastic yang saya pegang semasa membayarnya tadi. Ia saya balut dengan plastic hadiah dan saya selitkan sedikit nota buatnya. :)
 
sebelum kami berpisah, saya meminta dia mencuba cari tutorial pakai tudung bawal bidang 60' di youtube. Oleh kerana, tidak dapat mengajarnya demi kejar masa menepati janji dengan ibu.
 
.....................................
 
semalam, saya terserempak dengan dia, saya tidak berani tegur kerana takut salah orang. Dia menegur saya dahulu.
 
"Eh! ekin, apa khabar?"
 
"Alhamdulillah baik, ni siapa ye?"
(saya seakan tidak mengenalinya kerana dia sudah berhijab. Dan dia seperti memakai tudung bawal dan baju yang saya hadiahkan buatnya)
 
"Ni akaklah, tak akan tidak kenal?"
 
"akak? Ya Allah! akak ke.. ekin fikir orang cantik mana lah yang tegur ekin tadi. hehe.. cantiknya akak!"
 
"Alhamdulillah, terima kasih membantu akak ekin! akak sangat-sangat menghargai bantuan ekin."
 
"Haza min fadhli rabbi kak.. ekin hanya membantu apa yang terdaya.. err.. akak baju dengan tudung ni......"
 
"Ye, baju dengan tudung ni ekin yang bagi masa haritu, Terima kasih ekin. Baju dengan tudung ni lawa dan selesa dipakai. Terima kasih tau!"
 
"Alhamdulillah kak."
(rasa sebak bila mendengarnya dan melihat dia memakai apa yang saya beli. Padahal harganya tidaklah berapa mahal. Tapi asalkan dapat menutup aurat si pemakai. ia akan terlihat mahal dan cantik!)
 
"adik.. akak terpaksa pergi. ada hal. Nanti kita jumpa lagi ye.! Assalamualaikum.."
 
"wa'alaikumussalam kak."
 
.......
 
 
Alhamdulillah. tenang hati melihat insan yang saya sayang menutup auratnya kerana Allah.. Sampai disini sahaja coretan saya. insya-Allah ada masa saya akan coretkan lagi kisah yang dapat menjadi inspirasi buat kalian! :) Salah dan khilaf saya mohon maaf.. Assalamualaikum..
 
 
Yang tertutup itu indah!
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 11 September 2013

Berbuat kebajikan ada tempatnya :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dengan keizinan-Nya tinta ini dapat saya lakarkan. Alhamdulillah!
 
pagi tadi sahabat sebelah saya selepas habis slot kedua dalam program motivasi sentuhan kasih PMR 2013 berakhir. Dia menerima mesej daripada seorang kakak angkatnya yang meminta men'topup' kan buatnya.

begini mesejnya 'Adik, tolong topupkan akak RM2. akak ada masalah lah dengan bf (boyfriend) akak.. pleasee' Dia pas ke saya bagi membacanya. Istighfar dalam hati bila saya membaca. (astarghfirulla...
halazim)

Dia kata dia nak tolong. Dia pun share lah topup secara tiba-tiba (takdir Allah) handphone dia habis bateri. saya bersyukur (alhamdulillah) sebab dia tak jadi share..

beberapa minit kemudian, dia kata dekat saya 'akak (nama akak itu) bila nak minta tolong baru tegur aku. kalau tidak 'hampehh'' Saya kata dekat dia, kau nak tahu tak kenapa Allah takdirkan handphone kau habis bateri? padahal nak buat baik ini..

Dia geleng kepala.. saya kata 'sebab Allah tak mahu kau buat baik tak kena pada tempat.' 'kenapa pulak?' 'dengar sini (saya padang tepat wajah dia) Allah tidak suka orang yang ibarat mengalu-alukan insan melakukan dosa, Engkau nak share top up dengan akak itu. Tiba-tiba mati bateri kerana Allah tidak mahu engkau buat dosa tanpa kau sedar iaitu mengeshare dengan alasan nak baikkan akak tu dengan bf dia..'

Jangan lah wey! saya kata pada dia.. Dia terdiam, saya harap dia faham dan tidak lakukannya Jadi kesimpulannya, becouple tidak sweet mana. Bercouple lepaih nikah baru sweeeettt segalanya halal..

Suka saya? jumpa wali saya. 'My Dad not a lion' (itu perisai saya hingga kini, saya nak buktikan saya mampu mengubah nilai barat kepada nilai islam) Ada kata saya ini pelik dari remaja lain sebab elergik dengan cOuple without nikah i don't care!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 2 August 2013

Kuasa doa. :)

Assalamualaikum.. Salam saying, salam gembira buat semua <3 Alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dibumi-Nya lagi. Bagi mengutip pahala dan mencari keredhaan-Nya :) Tanpa kita sedar ini adalah jumaat terakhir kita kan? *sedih* Adakah dapat berjumpa lagi dengan bulan barakah ini tahun depan? mOga Allah perkenankan untuk kita ketemu lagi. Aamiin! Malam ini teruskan mencari malam lailatul qadar :)

Berjuta kesyukuran saya nak ucapkan kepada Allah, kerana nikmat yang tidak putus-putus diberi buat hamba-Nya yang selalu alpa. Namun Dia tidak pernah lelah mengingatkan <3 Ni makin hari makin cinta pada-Nya. :) Alhamdulillah!

Beberapa hari ini, diri ini sibuk dengan trial PMR yang baru sahaja habis tengahari tadi jam 12:20. Masya-Allah sangat-sangat mencabar. Banyak buku yang mesti ditelaah dan diri ini juga turut sibuk nak mengumpul pahala pada bulan ramdhan ini. Namun saya teringat satu janji Allah.

 
"Apabila Hamba-hambaku meluangkan atau meluaskan masa untuk-Ku, akan aku lapangkan masanya untuk hal dunia."
 
 
Benar sekali kata-kata Allah itu. Sesungguhnya Dia Maha Benar dan Menepati segala janji yang telah dia firmankan. Ada dua exam yang hanya ada masa tak sampai 10 minit dah mula. Padahal baru sahaja Habis exam sebelumnya. Masa itu, fikiran buntu memikirkan banyak yang belum ditelaah dengan peperiksaan seterusnya itu. Namun bagi Dia tiada yang tidak mungkin.
 
 
Dalam hati saat itu, hanya mampu berdoa dan bermohon pada Dia agar dipermudahkan menjawab peperiksaan yang belum sempat ditelaah. Kebetulan exam sebelumnya sangat-sangat susah dan banyak kali otak dikerah mengigatkan formulanya (Matematik). Belum sempat reda lagi pemikiran yang kusut memikirkan exam itu.
 
 
Dikejutkan dengan semua pelajar mesti kosongkan dewan dengan SEGERA! kerana kertas seterusnya akan diedarkan. Ya Allah! lemah segala lutut saya dan rakan-rakan yang lain. Hanya doa dan tawakkal kerana saya ada baca tapi gitu-gitu sahajalah.. Dengan berkat "kun faya kun" daripada-Nya.
 
 
Exam seterusnya yang saya tidak sempat baca, masya-Allah sangat senang dan mudah menjawab. Oleh kerana, banyak soalan yang saya memang suka tajuknya :D Bila suka, baru baca. hehee... Lepas sahaja exam itu habis, dalam hati bermonolog, "Ya Allah, sungguh hebat kuasaMu. Engkau selalu ada saat aku menginginkan bantuanMu. Terima kasih Ya Rabb!"
 
 
Saat itu saya rasa kuasa doa sangat hebat! Bila kita minta pada Allah, InsyaAllah diberi, mungkin bukan saat itu, tapi saat kita benar-benar memerlukannya :) Allah suka dengar Hamba Dia merintih bermohon :) Allah bagi kesusahan kadang-kadang sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita. SubhanAllah! Sweetnye Allah... dOakan keputusan trial saya dan rakan-rakan semua lulus. Aamiin! ;)
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen