Dengan keizinan-Nya tinta ini dapat saya lakarkan. Alhamdulillah!
Pernahkah kita inginkan sesuatu yang sangat cantik? Tapi bila tengok 'tag' harga, istighfar terus"Astarfirullah,subhanallah,allahu akhbar!" Itu-lah yang terjadi pada saya beberapa hari ini. Allahu Rabbi. Mata ini terlalu terpesona melihat sesuatu yang cantik dan membuatkan saya ingin sekali memiliki dan memakainya. Kebetulan ia adalah sesuatu yang mematuhi syarat syariat Islam.
Baru-baru ini saya terpikat dengan beberapa pasang shawl dari pelbagai kedai. Saat itu timbul rasa nak beli sahaja semuanya. Allah.Allah.. Rambang mata nak memilihnya antara keperluan dan kehendak. Alhamdulillah saya berdoa pada Allah agar diberikan yang terbaik dan menepati syariat.
Sebenarnya shawl itu saya beli by online :) Akibat banyak masa saya berhabis dengan study. Tidak ada masa nak memanjakan diri, sebab awal bulan 10 saya bakal menghadapi PMR batch yang terakhir. (Doakan kejayaan saya) Allah Maha Penyayang Dia faham hati ini dan Dia pujuk hati ini agar bersabar. Saya berdoa pada Allah.
"Ya Allah, Aku insan yang lemah memohon keizinan-Mu. Dengan "kun faya kun" aku ingin memiliki shawl ini. Aku ingin memilikinya dan memakainya. A'uzubillah bukan kerana ingin tampil cantik atau fesyen. Aku ingin buktikan pada mereka, bahawa WANITA ISLAM boleh berfesyen asalkan Syariat Islam masih terjaga. Aku ingin beritahu mereka, walaupun orang kata wanita Islam ini cuma boleh pakai jubah + tudung bulat 24 jam. Mereka silap, Kami juga boleh berfesyen ala-ala sesiapa sahaja. Dengan syarat Syariat Islam masih terjaga kemas dan rapi" kata saya dalam hati.
Dengan Izin Allah, saya dapat memiliki shawl itu, subhanAllah! MasyaAllah! Allahu Akhbar! shawl yang sangat lembut, tidak jarang dan labuh. Sujud syukur pada Allah saat itu juga. Ya Allah Engkau Maha Mendengar :) Terima Kasih! Jadi minta lah pada Allah. InsyaAllah akan diberi. Berkemungkinan bukan saat itu , Tapi saat kita memerlukan :) Think Positive!!
Ini antara shawl yang menepati syariat Islam :) Jadi masihkah kalian berkata kita tak boleh berfesyen? Tepuk dada Tanya iman dalam jiwa :) <3 (Kak ija (Heliza Helmi) pinjam gambar ye..hehe)
1 comments:
cantik shawl tuu...^__^
teringin nak bergaya, tapi xberani..
Post a Comment