Online Diary LE' ASYIQIN: Hijab I'm In Love!

Saturday, 26 October 2013

Hijab I'm In Love!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang. Dengan keizinan-Nya tinta ini dapat kembali saya lakarkan. Setelah sekian lama berperah otak untuk Penilaian Menengah Rendah 2013 (PMR) Alhamdulillah!
 
Seperti yang saya janjikan buat kalian para pembaca untuk membawa tajuk
"HIJAB I'M IN LOVE!"
 
Bismillahirrahmanirrahim :) Disini saya ceritakan apa maksud sebenarnya maksud hijab. Dan insya-Allah akan saya turut sertakan cerita tentang hijab yang saya sendiri rasa dan boleh menjadi sedikit pedoman dan memberikan pengajaran buat kalian :)
 
Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.
Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.
Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.
 
Seperti dalam firman Allah S.W.T :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji mereka, atau kanak-kanak yang belum lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka untuk diketahui oramg akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya."
Surah an-Nur ayat 31
 
Pada 2 minggu lepas, masih segar diingatan saya pertemuan saya dengan seorang kakak yang cukup hebat dan mempunyai wajah yang cukup redup. Apabila dipandang hati rasa sangat tenang.  Namun sayang, dia tidak menutup aurat (free hair) dan dia telah menyatakan hasrat hatinya ingin menutup aurat sepenuhnya seperti wanita Islam yang lain. Dia meminta saya membantunya, membimbing dan mengajarnya erti Islam yang sebenar.
 
Pada minggu lepas, kami telah berjumpa. Ia merupakan permintaan akak itu untuk berjumpa dengan saya setelah seminggu dia memendam rasa untuk diluahkan kepada saya. Kami berjumpa di Alam sentral, Shah Alam. Dari jauh, saya lihat wajah dia yang penuh dengan keinginan untuk menutup aurat kerana Allah. Yang buat saya terkejut dia memakai shawl yang hanya disarung dan menampakkan sedikit rambutnya dan lehernya. Tapi saya yakin ia adalah permulaan awal untuk dia membiasakan diri sebelum memakai hijab sepenuhnya.
 
Kami memilih meja yang jauh tersembunyi untuk berbicara tanpa ada gangguan. Ya, memang bising disitu tetapi apabila kami duduk disitu, ia-nya tidaklah terlalu mengganggu kami untuk berbicara dari hati ke hati. Saya sapa dengan kalimah suci.
 
"Assalamualaikum, mawar agama yang ekin sayang."
 
"wa'alaikumussalam, Ya Allah adik rupanya. Terima kasih sudi datang jumpa akak dekat sini."
(saat itu dia sedang melihat handphone-nya sambil memutarkan zikir terapi Hafiz Hamidun. Dia menjawabnya lalu mempersilakan saya kerusi untuk duduk berhadapannya)
 
"eh akak, takda apa-apalah. Lagipun ekin free harini. sama-sama!"
(saya duduk dan bersalaman dengannya. Saya perasan ada banyak mata memandang ke arah kami. kebetulan saat itu saya memakai shawl yang sangat labuh)
 
"Ekin, sebenarnya akak nak minta tolong dekat ekin boleh?"
 
"tolong apa kak? insya-Allah dengan senang hati ekin ingin membantu!"
(kata saya penuh semangat yang berkobar-kobar dan penuh tanda tanya)
 
"Macam ni, beberapa harini akak selalu jenguk facebook ekin dan beberapa page yang ekin kendalikan serta facebook rakan akak yang memakai tudung. Akak amat yakin akak mahu ekin bantu akak. Akak dah buat solat sunat dua rakaat setiap kali lepas solat fardhu kecuali lepas asar dengan subuh sebab waktu haram solat sunat.. hehe.. Akak mohon petunjuk dari Allah dalam setiap sujud terakhir akak. Alhamdulillah beberapa harini akak dapat banyak mimpi yang akak berjumpa dengan seseorang yang menutup aurat. Tapi sayangnya akak tak Nampak wajah dia kerana terlalu bersinar wajahnya. Dan dia  meminta akak mencari orang yang boleh bantu akak. Dan akak amat yakin ekin sahaja yang dapat membantu akak."
(katanya penuh mengharap)
 
"Haza Min Fadhli Rabbi. Alhamdulillah gembira mendengarnya kak :) Namun ekin berterus terang ye, ekin sebenarnya tidaklah sehebat mana. Malahan, ekin sedang cuba untuk sentiasa menjadi hamba Allah yang terbaik. Akak, ekin akan bantu semaksima mungkin. insya-Allah."
(kata saya sambil tersenyum senang mendengar penghijrahannya)
 
"Alhamdulillah, err.... adik boleh tidak tolong akak beli pakaian muslimah dan tudung labuh dekat-dekat area sini? insya-Allah akak nak pakai. So soon.. Harap sangat adik boleh tolong akak dan ajarkan akak pakai shawl gaya labuh adik dan bawal yang adik selalu pakai. Boleh?"
 
"Oh, macam tu. Boleh je! ekin dengan senang hati nak bantu akak. Jadi apa kata kita shopping sekarang nak? Ekin akan tolong akak pilihkan pakaian yang sesuai dengan akak yang sangat cantik ini."
(kata saya memuji, sekaligus menggalakkannya bagi menutup aurat!)
 
"serius? Ekin nak tolong akak shopping? takpe ke orang lain tengok ekin pergi butik muslimah dengan orang macam akak?"
(katanya serba salah)
 
"eh, takpe. ekin serius ni :) ekin nak shopping dengan akak. Akak pandangan manusia memang banyaknya salah. Tapi kita perlu menitik beratkan pandangan Allah S.W.T yang hakiki."
(kata saya meyakinkannya)
 
"kalau macam tu jOm! kita shopping sekarang! akak dah excited ni."
 
"jOm!" kata saya..
 
kami memulakan pergi ke booth yang diluar sebelum ke butik bagi mencuci mata dahulu. Setelah lama melihat kami hanya dapat membeli beberapa pakaian dan tudung bawal bidang 60' di sebuah butik yang menawarkan harga berpatutan. Saya terpaksa meminta diri kerana hari sudah hampir waktu solat zohor. kebetulan, saya ada janji dengan ibu nak pergi membeli baju adik. Tanpa akak tu sedar, saya masukkan sebuah baju dan tudung bawal bidang 60' yang saya beli buatnya secara senyap didalam beg plastic yang saya pegang semasa membayarnya tadi. Ia saya balut dengan plastic hadiah dan saya selitkan sedikit nota buatnya. :)
 
sebelum kami berpisah, saya meminta dia mencuba cari tutorial pakai tudung bawal bidang 60' di youtube. Oleh kerana, tidak dapat mengajarnya demi kejar masa menepati janji dengan ibu.
 
.....................................
 
semalam, saya terserempak dengan dia, saya tidak berani tegur kerana takut salah orang. Dia menegur saya dahulu.
 
"Eh! ekin, apa khabar?"
 
"Alhamdulillah baik, ni siapa ye?"
(saya seakan tidak mengenalinya kerana dia sudah berhijab. Dan dia seperti memakai tudung bawal dan baju yang saya hadiahkan buatnya)
 
"Ni akaklah, tak akan tidak kenal?"
 
"akak? Ya Allah! akak ke.. ekin fikir orang cantik mana lah yang tegur ekin tadi. hehe.. cantiknya akak!"
 
"Alhamdulillah, terima kasih membantu akak ekin! akak sangat-sangat menghargai bantuan ekin."
 
"Haza min fadhli rabbi kak.. ekin hanya membantu apa yang terdaya.. err.. akak baju dengan tudung ni......"
 
"Ye, baju dengan tudung ni ekin yang bagi masa haritu, Terima kasih ekin. Baju dengan tudung ni lawa dan selesa dipakai. Terima kasih tau!"
 
"Alhamdulillah kak."
(rasa sebak bila mendengarnya dan melihat dia memakai apa yang saya beli. Padahal harganya tidaklah berapa mahal. Tapi asalkan dapat menutup aurat si pemakai. ia akan terlihat mahal dan cantik!)
 
"adik.. akak terpaksa pergi. ada hal. Nanti kita jumpa lagi ye.! Assalamualaikum.."
 
"wa'alaikumussalam kak."
 
.......
 
 
Alhamdulillah. tenang hati melihat insan yang saya sayang menutup auratnya kerana Allah.. Sampai disini sahaja coretan saya. insya-Allah ada masa saya akan coretkan lagi kisah yang dapat menjadi inspirasi buat kalian! :) Salah dan khilaf saya mohon maaf.. Assalamualaikum..
 
 
Yang tertutup itu indah!
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen