Syukur kepada Allah akhirnya ada masa nak hudpate blog ni :) Actually busy dan baru nak kebah dari demam panas.
"Kubur masing-masing, kau jaga kubur kau. Aku jaga kubur aku. okay? Aku bukannya kacau kubur kau pun."
eh-eh apa kaitannya dengan tajuk entri harini syiqin? Macam pelik je, macam tak ada kaitan je. Adalah! Sangat-sangat komersial ayat ni dimana-mana tau :D tak percaya? Cuba awak tegur seseorang itu, pasti ada sesetengah mereka berkata ayat di atas. Right?
Ce awak jawab balik cenggini. Kalau kubur kau sebelah kubur aku macam mana? Nanti aku nak rehat pon susah. Asyik dengar kau menjerit akibat kena hokum dengan malaikat mungkar dan nakir dalam kubur. Itu tidak mengganggu ketenteraman kubur sebelah menyebelah? Eh-eh janganlah cakap macam tu ye! Sabar. Sabar itu separuh daripada Iman kan?
Jadi untuk membuatkan saya dan awak sama-sama tenang disana (In Shaa Allah) Marilah kita sama-sama jadi "busybody" demi kebaikan. Manusia yang tanpa teguran dalam hari-harinya ibarat seekor arnab yang riak dan berpendapat dia seekor sahaja yang boleh berlari laju. Kelak dia akan merendah-rendahkan haiwan lain. (Perumpamaan sahaja ye :)
Pada pendapat saya, setiap manusia akan pasti melakukan kesalahan dalam kehidupan sehariannya. Walaupun ia sekecil zarah. Teguran itu akan membuatkan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tanpanya kita tidak dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Kita sebagai hamba Allah amat memerlukan orang lain. Begitu juga sebaliknya. kita perlukan :
ayah dan ibu - tanpa mereka kita tiada
rakan-rakan - tanpanya kita keseorangan
guru-guru - tanpanya kita tidak tahu tentang ilmu
Ketua - tanpanya kita tidak ada pemimpin
Teguran - tanpanya kita PUNAH
Tanpa rakan-rakan, ibubapa, guru-guru dan ketua tiada siapa dapat menilai kita. menegur kita dan memperbaiki kesalahan kita seperti kata-kata wonderpets. "Kami tidak besar dan kami tidak kuat. Bila bekerjasama semua jadi mudah!." MasyaAllah. see? We need each other to continue our life.
Tell me why? why? why? Tanpa teguran kita PUNAH? kerana.. :
"Bila ditegur baru kita muhasabah. Bila ditegur baru kita tahu mana betul, Bila ditegur, baru tahu bagaimana mahu memperbaiki kesalahan."
Mari sama-sama kita hayati satu kisah ini ye :) Moga kita dapat menjadi inspirasi buat kita semua.
Disebuah bangku using kelihatan seorang lelaki yang sungguh muda dan kacak. Namun pakaiannya cukup compang camping. Seorang pemuda bernama Abu terlihat pemuda itu. Dia menyapa berasa simpati lalu memberikan sebotol air mineral dan sebungkus nasi lemak yang dibelinya sebentar tadi. Walaupun perutnya sudah bernanyi nyanyi dandut. Namun Dia yakin ini pasti rezeki pemuda itu.
Abu menghulurkan makanan dan minuman itu kepada pemuda itu. Pemuda itu kelihatan sangat cengkung wajahnya dan sangat kurus sekali badannya. Dia kelihatan tidak terurus. Namun tidak dapat membendung kekacakkannya yang Allah anugerahkan buatnya. Dia mendongak dan memandang Abu. Dia tersenyum ikhlas dan menolak makanan dan minuman yang disua Abu kepadanya dengan lembut.
Abu tidak berputus asa, Dia sekali lagi menghulukan makanan dan minuman itu kepada pemuda itu. Pemuda itu menolaknya sekali lagi. Abu masih lagi tidak give up! Akhirnya setelah beberapa kali Abu memujuk. Pemuda itu akur dan menyambut huluran makanan dan minuman yang dihulur oleh Abu. Dia mengucapkan terima kasih. Abu dijemput duduk disebelahnya. Abu lihat disekeliling tempat pemuda itu duduk. Allah.. Sungguh memilukan. Dengan persekitaran yang tercemar. Pemuda itu masih gagah meneruskan hidupnya.
Abu memulakan bicara dengan memperkenalkan dirinya. Kemudian disambut gembira oleh pemuda itu. Abu berbual-bual kosong dengan pemuda itu sementara dia mencari dan mereka ayat yang sesuai bagi mencungkil kenapa pemuda itu jadi sebegitu. Abu ialah seorang sukarelawan yang mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
Setelah hamper sejam mereka berbual, Abu memulakan bicara yang lebih menjurus kepada pemuda yang berada disebelahnya. Abu bertanya..
"Awak sudah lama ke hidup sebegini? Maaf saya hanya bertanya sahaja. Kalau tidak keberatan ingin bercerita saya sedia menjadi pendengar. In Shaa Allah." Kata Abu lembut dan penuh berhati-hati agar tidak tersalah bicara.
"Saya hidup sebegini baru sahaja 2 tahun lepas. Akibat salah alpa dan terus terusan dengan sikap riak saya. Allah berikan saya ujian sebegini." Bicara pemuda itu sebak.
"Oh, sebelum ini awak bagaimana?" Alhamdulillah pemuda ini open mind, kalau tidak habis aku.. Bicara abu didalam hatinya.
"Sebelum ini, hidup saya penuh dengan sikap riak dan saya selalu menganggap hanya saya seorang di dunia ini yang hebat. 2 tahun lalu, saya seorang yang cukup hebat dalam berbicara. Namun saya tidak pernah terfikir bicara saya itulah yang terkadang membuat beberapa orang sakit hati. Saya bekerja disalah sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur dan menjadi ceo di syarikat itu. Sikap saya dahulu seorang yang terlalu suka bermegah diri dan tidak pernah menerima teguran atau pendapat orang lain. Pada satu hari, syarikat saya telah kehilangan hampir 5 juta ringgit. Saya dituduh memonopolikan duit syarikat. Akhirnya saya di penjarakan selama 3 tahun. Semasa dalam tahanan saya banyak muhasabah diri dan saya baru teringat. Saya ada seorang rakan yang cukup Qarib dengan saya sampai saya menaruh 100% kepercayaan kepada dia. Cukup ramai yang berkata pada saya bahawa rakan saya itu suka mencuri wang syarikat. Dah banyak syarikat ditipunya dan diambil wangnya. Namun masa itu saya buta kerana saya menganggap orang yang kata begitu sebab cemburu saya bagi pelbagai kemudahan kepada kawan saya itu. Dalam diam dia rupa-rupanya telah memonopoli wang syarikat dan melarikannya ke luar Negara. Sampai sekarang pihak polis masih cuba menjejakinya. Namun pihak polis tetap menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun kepada saya selagi rakan saya itu tidak ditemui. Dan segala harta saya dirampas. Selepas 3 tahun berlalu, saya kembali ke syarikat lama saya. Namun hampa, syarikat itu telah dilelong dan menjadi sebuah butik. Dan kebetulan segala harta saya disita. Saya terus mencari tempat berteduh. Tiada lagi rakan yang mahu membantu saya. Akhirnya saya terjumpa tempat ini. Alhamdulillah cukup buat saya. Dan sekarang saya sedar erti sebuah teguran daripada seseorang. Ya! Memang tidak semua teguran kita kena percaya bulat-bulat seperti teguran rakan-rakan saya yang menghalang saya daripada bersahabat dengan rakan Qarib saya. Saya pula sambil lewa dan tidak ambil peduli. Jadi memang padanlah saya mendapat balasan sebegini." Bicaranya dengan deraian air mata penyesalan.
"Awak kena bangkit semula dan cubalah untuk bermula dari bawah. Saya yakin awak pasti dapat kejayaan. Asalkan awak tidak mengulangi kesilapan dahulu lagi. Eh hari sudah lanjut saya balik dahulu ye. In Shaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Assalamualaikum.." Bicara Abu dan dia pun berlalu pergi.
Jadi kalian sudah faham nilainya satu teguran yang membina diri menjadi lebih baik? :) Cuba kita fiikir sejenak, kalau tidak ada orang mahu menegur silap kita. Agak-agak kita akan tahu salah kita? Dan berusaha gigih untuk memperbaiki silap kita? Seorang arkitek kalau tidak mendapat teguran daripada orang yang lagi hebat daripadanya dapatkah dia melakar satu bangunan tinggi dengan tepat ukurannya sebelum dibina dengan cukup hebat tanpa teguran membimbing daripada orang atasan/ lebih berpengetahuan?
Dengan teguran aku dibimbing, dengan teguran jugalah aku terbimbing - moto saya.
Begitu juga kalau tidak ada orang ingin menegur sampai bila-bila kita tidak tahu salah kita dan bagaimana memperbaikinya.
"Barangsiapa yang tidak peduli akan nasib sahabat semuslimnya. Maka dia bukan daripada kalangan mereka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kerana cintaku padamu, aku peduli tentang dirimu. (cewahhh :D)
Sabda Rasulullah SAW :
" Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara baik-baik atau diam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selamat berkata dan memberi teguran yang baik-baik serta menerima teguran! Moga kita berjumpa pada entri akan datang! In Shaa Allah :)
*cerita diatas hanya rekaan. Ada sahabat minta saya buat satu novel. Ada ciri-ciri ke? In Shaa Allah ada rezeki saya mahu berdakwah dalam bidang penulisan novel pula.. psstt, cerita dekat atas tu agak-agak ada sambungan ke?* :D
0 comments:
Post a Comment